Tarikh:

Selamat Datang Ke DUN Wakaf Mempelam


Kelas Jahitan

Di Dun Wakaf Mempelam juga terdapat satu pusat jahitan yang menganjurkan kursus jahitan yang dimiliki oleh YPK(Yayasan Pembangunan Keluarga) dengan kerjasama Pejabat Dun Wakaf Mempelam. Kursus ini terbuka kepada semua penduduk setempat atau sesiapa yang berminat untuk mempelajari atau mendalami kemahiran dalam jahitan.

Kelas ini berlangsung selama 5 hari dalam seminggu iaitu dari hari Ahad hingga Khamis yang bermula pada jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Silibus yang terkandung dalam pembelajaran di sini termasuklah cara-cara untuk menjahit langsir, baju k.a, baju kurung moden, baju melayu, kain alas dan sebagainya. Setiap pelajar dibekalkan dengan mesin jahit untuk setiap seorang. Manakala bahan untuk menjahit pula disediakan oleh pelajar itu sendiri seperti kain dan sebagainya.

Kursus ini dipantau oleh seorang guru terlatih iaitu PN Rohaiza Bt Mohd Zain. Seramai lebih kurang 15 orang pelajar telah mengikuti kursus jahitan ini yang kebanyakkannya remaja yang sedang menunggu keputusan SPM. Tak kurang juga penyertaan dari para ibu.

Keadaan tempat belajar pula amatlah selesa dengan adanya penghawa dingin dan ianyab pula bersebelahan dengan Pejabat DUN Wakaf Mempelam dan Pejabat Bescomm DUN Wakaf Mempelam.

Kelas Komputer

Di Dun Wakaf Mempelam juga telah disediakan satu pusat ICT yang dinamakan dengan Bestari.Comm dan lebih dikenali juga dengan panggilan Bescom Wakaf Mempelam. Disini juga disediakan sebanyak 10 unit komputer untuk kegunaan penduduk setempat tanpa apa-apa bayaran yang dikenakan. Begitu juga dengan kursus komputer yang dianjurkan di sini tanpa dikenakan apa-apa bayaran. Ianya semuanya percuma dibawah arahan kerajaan negeri selaras dengan laungan Menteri Besar Terengganu Y.A.B. Dato Seri Idris Bin Jusoh yang inginkan pendedahan IT kepada semua rakyat Negeri Terengganu.

Kursus yang telah dijalankan disini ialah pengenalan kepada LINUX dimana pendedahannya merangkumi penggunaan komputer dengan perisian baru yang lebih mudah, ringkas dan percuma. Para peserta pula ialah dari golongan pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, remaja, belia, ibu tunggal dan warga emas.

Kursus ini juga dijaga oleh dua orang tenaga pengajar iaitu (EIO-Executive IT Officer) dan (TSO-Technical Supporter Officer) yang dihantar oleh pihak kerajaan Negeri Terengganu dibawah pantauan Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu(UPMN) dan diuruskan oleh pihak KRIM Network atas arahan dari pihak UPMN.

Masyarakat setempat yang berminat dengan kursus komputer ini bolehlah mendaftar di pusat ICT ini dan kelas yang dijalankan mengikut keselesaan peserta itu sendiri. Sesiapa sahaja boleh menggunakan kemudahan ini tanpa bayaran. Operasi Bescom ini bermula pada jam 10.00 pagi dan akan ditutup pada jam 10.00 malam.

Majlis As-Syura

Satu majlis As-Syura telah diadakan di Dun Wakaf Mempelam bertempat di perkarangan Rumah Penghulu. Semua masyarakat setempat telah terlibat bagi memeriahkan lagi majlis mengacau sura. Pertandingan mengacau sura juga telah berlangsung ketika penduduk disini asyik dalam keriuhan mengacau sura. Ketika inilah kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara semua lapisan masyarakat disini. Acara ini berlangsung setiap tahun ketika datangnya awal muharam.




Renungan...


"Kelemahan kita yang utama ialah mudah berputus asa, cara yang pasti untuk berjaya ialah mencuba dan terus mencuba "


Aktiviti Khas


Terengganu terus mencipta sejarah! Klik disini
Album mesra rakyat Klik disini




Maklumat Terkini


TAHNIAH kepada semua warga Bestari.Comm kerana telah berjaya menerima Anugerah Perdana Teknologi Maklumat 2006. " Memahat Sejarah Mencipta Tamadun"

Berita baik untuk pelajar lepasan SPM dan ke atas. Satu program D3D@Terengganu akan diadakan bagi memberi peluang kepada anak-anak Terengganu meneroka ilmu 3D. Bagi sesiapa yang berminat, sila dapatkan borang di Pusat Bestari.Comm berhampiran.

DUN Wakaf Mempelam menyediakan email percuma untuk anda. Untuk mendaftar email sila klik di sini. .

Berita baik untuk semua pelajar lepasan SPM dan STPM, Pusat Bestari.Comm menyediakan kemudahan untuk mengisi borang UPU secara online.Kunjungilah Pusat Bestari.Comm berdekatan anda.



Carian Google



Pautan Lain






copyright 2006-2010 designed by Bad DUN Wakaf Mempelam
Free Web Hosting

PENAFIAN:Dun Wakaf Mempelam
tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
.:: Paparan terbaik laman web ini menggunakan resolusi 800 x 600 ::.
Anda Pelawat Yang Ke