Tarikh:

Selamat Datang Ke DUN Wakaf Mempelam


Pusat Latihan Komputer

Disini juga menjadi pusat latihan komputer kepada persatuan-persatuan yang ingin menganjurkan kursus-kursus yang dikehendaki. Segala kemudahan dari segi teknikal telah tersedia di pusat ICT ini sendiri. Mana-mana permintaan untuk sebarang kursus disini perlulah melalui saluran yang telah disediakan iaitu melalui KRIM Network.

Kursus Komputer JPW(Jabatan Pembangunan Wanita)

Satu Kursus Pengenalan Komputer dan LINUX telah dianjurkan disini baru-baru ini dibawah Jabatan Pembangunan Wanita. Para pesertanya terdiri daripada ibu tunggal dan warga Emas. Ianya berlangsung selama 3 hari berturut-turut. Terdapat 3 peringkat kursus lagi yang akan dianjurkan disini. Pesertanya adalah dari golongan ibu tunggal dan warga emas.

Pertandingan Membangunkan Laman Web

Satu pertandingan telah dianjurkan oleh pihak KRIM Network bagi memantapkan lagi tahap penguasaan komputer dikalangan masyarakat setempat secara amnya dan golongan warga emas khususnya. Pertandingan yang dianjurkan itu ialah Pertandingan Pembangunan Laman Web. Pertandingan ini terdapat 2 peringkat iaitu peringkat dalaman dan luaran dimana peringkat dalaman diwajibkan bagi setiap staff Bescom itu sendiri dan peringkat luarannya pula untuk warga emas. Bagi peringkat luaran, satu kelas/taklimat akan diberikan bagi memperkukuhlan lagi cara penggunaan perisian bagi membangunkan laman web.peringkat dalaman yang bermula pada 2 Febuari 2006 dan akan berakhir pada 15 Februari 2006. Manakalan di peringkat luaran dijangka akan bermula pada 20 Mac 2006 hingga 4 April 2006




Renungan...


"Kelemahan kita yang utama ialah mudah berputus asa, cara yang pasti untuk berjaya ialah mencuba dan terus mencuba "


Aktiviti Khas


Terengganu terus mencipta sejarah! Klik disini
Album mesra rakyat Klik disini




Maklumat Terkini


TAHNIAH kepada semua warga Bestari.Comm kerana telah berjaya menerima Anugerah Perdana Teknologi Maklumat 2006. " Memahat Sejarah Mencipta Tamadun"

Berita baik untuk pelajar lepasan SPM dan ke atas. Satu program D3D@Terengganu akan diadakan bagi memberi peluang kepada anak-anak Terengganu meneroka ilmu 3D. Bagi sesiapa yang berminat, sila dapatkan borang di Pusat Bestari.Comm berhampiran.

DUN Wakaf Mempelam menyediakan email percuma untuk anda. Untuk mendaftar email sila klik di sini. .

Berita baik untuk semua pelajar lepasan SPM dan STPM, Pusat Bestari.Comm menyediakan kemudahan untuk mengisi borang UPU secara online.Kunjungilah Pusat Bestari.Comm berdekatan anda.



Carian Google



Pautan Lain






copyright 2006-2010 designed by Bad DUN Wakaf Mempelam
Free Web Hosting

PENAFIAN:Dun Wakaf Mempelam
tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
.:: Paparan terbaik laman web ini menggunakan resolusi 800 x 600 ::.
Anda Pelawat Yang Ke