Sejarah
Batik
merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad
ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara
tradisional. Pada
masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat
pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan menggunakan alat-alat moden.Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya
di negeri Kelantansejak tahun 1910 lagi.
Batik
berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik
atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau
menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik
Pelangi
telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi.Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan
batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.Ianya juga banyak terdapat
di Kampung Losong. Ianya menjadi satu perusahaan yg besar-besaran di Terengganu.
Di
kawasan Dun Wakaf Mempelam batik dimana ianya mempelbagaikan Batik Terap, Batik
Canting,Batik terdapat banyak
tempat perusahaan cara pembuatannya.Ada yang dipanggil Lukis, Batik Chop.
Motif
Motif
adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau
menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk
utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan
alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan,
dan haiwan.
Contoh
Motif Organik:
Motif Ayam
Motif Bunga Buluh
Motif Bunga Kerak Nasi
Motif Bunga Kotak Bercampur
Motif Bunga Orkid
Motif Bunga Raya
Motif Daun Sireh
Contoh
Motif Geometrik:
Motif Pucuk Rebung
Motif Bunga Kotak Bercampur
Corak
Corak
kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan
di atas kain batik tersebut.
Antara
corak-corak yang sering digunakan:
Corak Berdiri
Corak Jalur
Corak Melintang
Corak Menyeluruh
Corak Menyerong
Corak Tompok-tompok
Corak Ulangan Batu-bata
Corak Ulangan/Selang seli
Proses membuat
Alatan
yang biasanya digunakan untuk membuat batik:
Blok penerap
Campuran lilin
Kain
Pencelup
Sebuah Meja
Kain
benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik.
Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna
yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua
dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan
diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi
soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan.
Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik
yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.
Jenis-jenis Batik
Batik
terbahagi kepada tiga jenis:
Batik Blok
Batik Conteng
Batik Skrin
Batik
Blok:
Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok
corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan
berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai.
Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna
sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.
Batik
Conteng:
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas
di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna
mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat,
dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan
kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan
cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai
benteng.
Batik
Skrin:
Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik
blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna
sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat
daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas
kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak
tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa
kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang
lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.
Penggunaan
Penduduk
di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk
membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian
seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga
digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain
dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja,
cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain
lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik
begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik
dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara
masing-masing.
|