Tarikh:

Selamat Datang Ke DUN Wakaf Mempelam



Alhamdulillah bersyukur kehadrat illahi dengan adanya ruangan world wide web (WWW) ini maka dapatlah kami memperkenalkan DUN kami di mata masyarakat luar khususnya dan secara amnya masyarakat Terengganu sendiri. Dalam website ini juga, kami telahpun menyenaraikan segala aktiviti dan sumber pendapatan setempat yg terdapat di DUN kami ini. Dengan adanya ruangan web ini, saya berharap agar segala informasi dapatlah disalurkan dengan lebih tepat dan dalam bentuk yang lebih menarik dan terkini selaras dengan kehendak Menteri Besar Terengganu Datuk Idris Bin Jusoh untuk meningkatkan lagi tahap kemahiran IT dikalangan masyarakat Terengganu.


192 menyertai pertandingan mencipta laman web

Sempena Pelancaran Kempen Memahat Sejarah Mencipta Tamadun pihak Kerajaan Negeri di bawah Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu ( UPMN ) telah melancarkan satu pertandingan mencipta laman web.

Seramai 192 peserta dari setiap Pusat Bestari.Com seluruh DUN telah berentap dalam pertandingan itu yang diadakan di Wisma Darul Iman.

Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Belia dan Sekolah Menengah yang telah bermula sejak 2 bulan yang lalu dan sambuatan itu amat menggalakkan.

Turut memberi sokongan padu kepada peserta pada hari pertandingan tersebut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri ( Pentadbiran ) Dato' Mat Razali Kassim dan juga Pengarah Unit Pengurusan Maklumat Negeri sendiri iaitu Encik Ishamudin Hashim.

Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai RM 2500 kepada juara kedua-dua kategori manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang RM 1500 dan RM 1000.

Bagi kategori Sekolah Menengah juara telah dimenangi oleh Dun Seberang Takir dari Kumpulan KUCALANA.COM, tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Dun Telemong dan Dun Rantau Abang. Manakala bagi kategori Belia pula dimenangi oleh Dun Batu Buruk dari Kumpulan Belia Hadhari diikuti pula oleh Dun Teluk Pasu dan tempat ketiga dari Dun Wakaf Mempelam.

Semua pemenang ini menerima hadiah daripada Menteri Besar Terengganu pada malam penutup di Stadium Negeri.




Takziah kepada Mohammad Azmi Abdullah dan keluarga

KUALA TERENGGANU - Bekas Mufti Terengganu, Datuk Dr. Mohammad Zubir Awang meninggal dunia kira-kira pukul 8 malam semalam waktu Malaysia ketika menunai fardu haji di Tanah Suci Mekah.
Allahyarham yang berusia 71 tahun dipercayai meninggal dunia kerana sakit tua.
Takziah kepada Mohammad Azmi.AL-FATIHAH


Bestari.comm tewaskan Mimos

Anugerah disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Muhatar Abdullah pada majlis penyampaian Anugerah Kualiti Sektor Awam 2006 di Kuala Lumpur anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), malam kelmarin.

Kejayaan itu membolehkan Bestari.com membolot hadiah wang tunai RM10,000, piala dan sijil selain dibenar menggunakan anugerah itu sebagai logo, termasuk pada kepala surat selama tiga tahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata Bestari.com dan Mimos disenarai pendek bagi kategori berkenaan.

Beliau berkata, kejayaan Bestari.com menggondol anugerah berkenaan dan mampu mengalahkan Mimos menandakan pusat itu diiktiraf pada peringkat kebangsaan sebagai satu program yang baik untuk pembangunan teknologi maklumat (IT) masyarakat tempatan.

Dipetik dari Berita Harian 30/11/2006


Piala Monsun Berjaya



Kehadiran orang ramai membanjiri Pulau Duyong untuk menyaksikan sendiri sukan berprestij, pertandingan kapal layar membuktikan masyarakat tempatan menyokong langkah kerajaan mengadakan aktiviti pada musim tengkujuh di negeri ini.

Perkembangan ini turut dirasai oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang melahirkan kegembiraannya, kerana kejohanan kapal layar Piala Monsun musim ini sudah mulai diterima oleh masyarakat tempatan dan semakin mencapai objektif kerajaan dalam memanfaatkan musim tengkujuh.

Dato' Seri Abdullah berkata demikian di Majlis Makan Malam Gala Pride Piala Monsun anjuran bersama T-Best Evants Sdn. Bhd dan Yayasan Pride, di Kelab Teluk Warisan, Pulau Duyong, di sini malam tadi (2 Disember)

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat ke majlis tersebut. Hadir sama Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh dan isteri To' Puan Seri Che Kamariah Zakaria, Menteri Belia dan Sukan, Dato' Azalina Dato' Othman Said dan Menteri Pelancongan, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Turut hadir, Pengerusi Yayasan Pride, Datin Azrene Abdullah yang juga menantu Perdana Menteri dan suami, Datuk Kamaludin serta anak perempuan Perdana Menteri Nori dan suami, Khairy Jamaludin.

Sementara itu, Dato' Seri Abdullah turut menyokong penuh cadangan Kerajaan Negeri untuk mengadakan kejohanan kapal layar peringkat antarabangsa yang dikenali sebagai Piala Taufan tahun depan dan meminta Dato' Azalina dan Dato' Seri Tengku Adnan membantu Kerajaan Negeri bagi merealisasikan kejohanan baru itu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut memuji usaha murni yang digerakkan oleh Yayasan Pride dalam membantu pengidap penyakit barah payu dara dengan menjalankan pelbagai program untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perlunya membuat pemeriksaan awal.


Renungan...


"Kelemahan kita yang utama ialah mudah berputus asa, cara yang pasti untuk berjaya ialah mencuba dan terus mencuba "


Aktiviti Khas


Terengganu terus mencipta sejarah! Klik disini
Album mesra rakyat Klik disini




Maklumat Terkini


TAHNIAH kepada semua warga Bestari.Comm kerana telah berjaya menerima Anugerah Perdana Teknologi Maklumat 2006. " Memahat Sejarah Mencipta Tamadun"

Berita baik untuk pelajar lepasan SPM dan ke atas. Satu program D3D@Terengganu akan diadakan bagi memberi peluang kepada anak-anak Terengganu meneroka ilmu 3D. Bagi sesiapa yang berminat, sila dapatkan borang di Pusat Bestari.Comm berhampiran.

DUN Wakaf Mempelam menyediakan email percuma untuk anda. Untuk mendaftar email sila klik di sini. .

Berita baik untuk semua pelajar lepasan SPM dan STPM, Pusat Bestari.Comm menyediakan kemudahan untuk mengisi borang UPU secara online.Kunjungilah Pusat Bestari.Comm berdekatan anda.



Carian Google



Pautan Lain






copyright 2006-2010 designed by Bad DUN Wakaf Mempelam
Free Web Hosting

PENAFIAN:Dun Wakaf Mempelam
tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
.:: Paparan terbaik laman web ini menggunakan resolusi 800 x 600 ::.
Anda Pelawat Yang Ke