Tarikh:

Selamat Datang Ke DUN Wakaf Mempelam


Bestari.comm


Bestari.Comm Wakaf Mempelam atau lebih dikenali dengan panggilan BESCOM Wakaf Mempelam mula beroperasi sepenuhnya pada awal Ogos 2005. Ianya hasil dari plan atau rancangan pihak kerajaan negeri dibawah pantauan dari UPMN(Unit Pengerusan Maklumat Negeri)bagi mencapai matlamat Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Idris Bin Jusoh untuk menubuhkan pusat ICT di setiap DUN.Bestari.Comm ini diharap akan dapat merealisasikan matlamat Kerajaan Negeri agar rakyatnya menjadi masyarakat yang berpengetahuan selaras dengan prinsip Islam Hadhari Terengganu Bestari.

Selain itu, dengan penubuhan Bestari.Comm ini, ia diharapkan mempunyai aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada rakyat.

Bestari.Comm ini berperanan :

1. Sebagai Pusat Sumber Maklumat Kerajaan Negeri

2. Pusat Pembelajaran/Latihan

Pusat Latihan ICT
Pusat Latihan Keusahawanan

3. Pusat Sumber Maklumat Kerajaan Negeri

Portal Kerajaan Negeri dan agensi-agensi kerajaan
Pusat Aduan (e-Aduan) Pusat edaran risalah / info bercetak Kerajaan Negeri

4. Pusat Pembelajaran

Sebagai Pusat latihan ICT

Kumpulan Sasaran

Kumpulan 1
Pelajar sekolah rendah
Pelajar sekolah menengah

Kumpulan 2
Belia
Suri Rumah
Warga Emas
Pemimpin Masyarakat(JKKK, Imam-Bilal &Penghulu)

Kursus-kursus

1. E-Tuisyen

2. Pengenalan Komputer dan Linux

3. Pengenalan kepada Open Office
Writer (Word Processor)
Calc (SpreadSheet)
Impress (Slideshow)

4. Dunia Siber dan Internet
Internet dan WWW
Email dan Penggunaannya

5. Pembangunan Laman Web

6. Peyelenggaraan Komputer

7. Pembangunan Multimedia

8. Sistem rangkaian (Networking)

9. Latihan Keusahawanan
Latihan Asas Perniagaan
Perakaunan Berkomputer
E-Business

Sistem Operasi Bestari.Comm

Linux

Sistem sumber terbuka yang kini digunakan di serata dunia
mengantikan Microsoft Windows.

Manage.NET

Digunakan bagi menguruskan Bestari.Comm.

i-Ducation

Digunakan sebagai alat pembelajaran digital

Staff Bescomm Wakaf Mempelam

Mohamad Azmi Bin Abdullah ( Executive IT Officer ( EIO ))

Normazura Bt Muda ( Technical Supporter Officer ( TSO ))

Laman Web: http://www.bescomm.net.my




Renungan...


"Kelemahan kita yang utama ialah mudah berputus asa, cara yang pasti untuk berjaya ialah mencuba dan terus mencuba "


Aktiviti Khas


Terengganu terus mencipta sejarah! Klik disini
Album mesra rakyat Klik disini




Maklumat Terkini


TAHNIAH kepada semua warga Bestari.Comm kerana telah berjaya menerima Anugerah Perdana Teknologi Maklumat 2006. " Memahat Sejarah Mencipta Tamadun"

Berita baik untuk pelajar lepasan SPM dan ke atas. Satu program D3D@Terengganu akan diadakan bagi memberi peluang kepada anak-anak Terengganu meneroka ilmu 3D. Bagi sesiapa yang berminat, sila dapatkan borang di Pusat Bestari.Comm berhampiran.

DUN Wakaf Mempelam menyediakan email percuma untuk anda. Untuk mendaftar email sila klik di sini. .

Berita baik untuk semua pelajar lepasan SPM dan STPM, Pusat Bestari.Comm menyediakan kemudahan untuk mengisi borang UPU secara online.Kunjungilah Pusat Bestari.Comm berdekatan anda.



Carian Google



Pautan Lain






copyright 2006-2010 designed by Bad DUN Wakaf Mempelam
Free Web Hosting

PENAFIAN:Dun Wakaf Mempelam
tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
.:: Paparan terbaik laman web ini menggunakan resolusi 800 x 600 ::.
Anda Pelawat Yang Ke